Friday, December 21, 2012

puan aimi? = belajar

bismillah..
(sudah lama betul tidak vakum blog ni..berhabuk pula..)

nama Tuhan kita,dimulakan selalu.

hampir mencecah empat bulan saya bergelar seorang puan,yang tidak pernah terdetik untuk menjadi puan sewaktu dalam zaman bergelar pelajar perubatan (especially undergraduate student).

Dahulu,apabila ditanya,
"Aimi nak kahwin bila?"

Jawapan saya pastinya : "Insyaa Allah,lepas study kot.Maybe sebelum H.O..ayah tak bagi fikir pasal ni..",sambil tersenyum.


tetapi takdir dan iradat Allah telah memilih saya untuk jalan yang kini sedang dilalui,sedang belajar menjadi doktor yang baik untuk ummah,belajar lagi menjadi isteri kepada seorang yang juga sedang belajar,yang bakal menjadi seorang doktor dalam masa terdekat ini.(insyaAllah,ye!)Esok,bakal tamat surgery paper 3.

apa yang saya boleh katakan,dan lahirkan  di sini,
saya GEMBIRA!
saya berSYUKUR!
saya SERONOK!

Mengapa?
sebab saya dapat terus belajar!

kalau kita tengok balik ke belakang,
Tuhan kita mengajar kita BANYAK sangat benda dalam hidup kita.

dari kita kecil,kita belajar senyum,ketawa,makan,menyusu,bertatih,berjalan,tepuk tangan sampai ada lagu tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.

kita sudah boleh belajar,kita pergi tadika,sebut nombot plat kereta setiap kereta yang kita nampak,baca setiap signboard jalan yang kita lalu..saya punya perangai la tu wak
tu kecil.Banyak benda kita nampak bila kita membesar,dari situ kita belajar.
Memang betullah hadith Nabi Muhammad s.a.w. (selawat ke atas baginda) :
"tuntutlah ilmu sampai ke negeri China,kerana sesungguhnya menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang muslim".

Dahulu,negeri China itu tersangatlah jauh,dek tiada kapal terbang  tetapi ada juga sahabat nabi yang sampai ke negeri China untuk menyebar luaskan Islam dan ilmu.

Semestinya,kita yang sudah pun menyandang tanggungjawab pelajar ini perlulah bersungguh-sungguh dalam menzahirkan rasa bersyukur kita dengan belajar dengan baik.Fokus di dalam kelas dan mebuktikan bahawa walaupun kita kahwin waktu belajar,kita ada banyak tanggungjawab lain terhadap masyarakat tetapi kita masih lagi Aimi Atthirah yang active,friendly dan paling penting bersungguh-sungguh dalam belajar.

Saya tidak nafikan kejutan budaya hidup yang saya alami sewaktu mula-mula menstabilkan diri dan menguruskan waktu hidup saya semenjak bergelar pelajar tahun 6 awal (tahun akhir kami sebagai medical student),di samping menjalankan tanggungjawab kepada partner hidup saya yang menduduki peperiksaan akhir pelajar perubatan di sini.Insyaa Allah saya akan kongsikan serba sedikit selepas ini. (smile)

Oklah,moga ketemu lagi.

Oh,yang paling penting,Allah meletakkan kita di tempat yang paling patut buat kita.Mungkin bagi saya sudah perlu untuk berada di medan ini.Mungkin bagi yang belum,Allah tahu apa yang terbaik juga bagi anda.Tiada istilah laku atau  tidak dalam bab ini.Iradat Allah adalah yang paling baik buat kita.Kerana Allah tidak zalim. Doakan yang terbaik buat semua!

0 perkongsian hati:

Post a Comment

jom berkongsi!

 
;