"asyik-asyik guna gambar ikha,nanti kena minta Ayong belanja ni"
salam alaykum wbt..
Alhamdulillah,lafaz yang terucap selepas habis sesi General Clinical Examination bersama Dr. Ahmad Badr..tidak disangka-sangka,debaran,ketaran semalam sudah boleh menjadi satu kelegaan & kepuasan tidak sampai 24 jam.
Hari ini,kami yang termasuk 46 orang yang balik awal
Kenapa macam takut dan cuak sangat2 sebab exam kami yang terakhir ini mengambil 150 markah daripada total marks.Mana tak cuak,besar sangat2 'proportion'nya.Dan dengan itu,kami yang hanya mempunyai masa selama 1 HARI sahaja snegkang dari written & MCQ exams kami perlu pulun untuk tackle semua bahagian yang sangat 'berharga' itu : Diagnostic tools kena 'cover' Xray,CT scan,ABG (arterial blood gases),CBC (complete blood count),urine & stool analysis (yang tak pernah masuk end round exam) dan 'photos'.Video tak masuk final exam ni..
Tetapi,mestilah masa 9 hari sengkang sebelum start paper Paediatric kami itu digunakan sebaiknya..(insyaAllah,rasanya).Dan kerana itulah,perasaan tidak sangka itu masih wujud,even ketika ini.
Banyak sungguh,belum termasuk 4 'stations' lain : History taking & clinical exams ( general & special),DD (differential diagnosis),investigations & treatment.
Tapi,disebabkan exam inilah kami berterima kasih dengan para doctors and professors kami...sebab kami dapat belajar dengan baiknya untuk 'tackle' pelajaran Paediatric (kanak-kanak).
Sebenarnya,banyak sangat perkara yang kita boleh belajar daripada kanak-kanak,sebab mereka suci.Bak kata Abi Saif,lain sebenarnya sayang kanak-kanak dengan anak sendiri.
Dulu saya pun tak nampak akan hal ini.Tapi,itu yang hakikatnya.
Dengan budak kechil,kita perlu banyak bersabar.
Cuba bayangkan,kita nak 'check' budak tu,nak buat 'cardiac' (jantung) examination,kena palpate chest dia dekat epigastric (tengah perut),pulmonary,aortic areas semua,dia menangis...mestilah bergerak dada dia..tapi kita kena bersabar.
Mereka tidak bersalah.
Nak make sure localized ke diffuse apex,bergerak-gerak budak comel itu.Dada sentiasa berombak ,sebab intercostal retracted.Tapi,kita kena sabar.
Mereka tidak akan menangis,tanpa sebab.
Mesti ada sebab,lapar,walaupun tidak selesa dengan kita juga adalah satu sebab.
Boleh jadi,'stethoscope diaphragm' kita sejuk untuk dia.
Boleh jadi,tangan kita terlalu sejuk,dia terkejut.
Boleh jadi,sebab cara kita pakai tudung lain dengan orang Arab lain pakai tudung.
(jangan anggap akak 'stranger' pulak)
Itulah kanak-kanak.
Saya sendiri tak boleh nak bayangkan,hidup dengan anak sendiri.
Tidak pasti sama ada diri ini sudah bersedia mahupun belum.
Walau apapun,kita bersama-sama pelru menyiapkan diri kita.
Walau apa yang terjadi jua,even dah tengok budak kecil yang ada 'Fallot Tetralogy','Down syndrome',cerebral palsy dan sebagainya...
Walaupun diorang bibir sampai 'cyanosis=kebiruan' (tapi kalau real life,memang dah macam kehitaman da),protruded tounge,fissured tounge ,tak boleh duduk diam,mereka tetap kanak-kanak.
Kanak-kanak yang istimewa walaupun dah semakin besar menjadi dewasa akan tetap kekal istimewa.
Paediatric memang kenangan terindah la.
Mengajar diri menjadi lebih sabar.
Mengajar diri menjadi ceria dengan telatah mereka.
Empati & simpati.
Mengajar kami membeli dan memberi 'hagah helwah' (manis-manisan) untuk mereka.
Mengajar kami banyak erti & makna.
Makna inilah yang bakal dibawa sebagai bekalan.
Semoga 'makna' ini juga menjadi bukti ibadah kepadaNya.
Walaupun kecil,walaupun tidak disedari,tetapi Dia sedar.
Terima kasih kanak-kanak.
Kerana berjuang lahir dan terus hidup di dunia ini.
Walaupun sementara,walaupun seketika.
Kami tahu anda telah berusaha,
Kami tahu anda anak-anak yang berjaya.
Terima kasih ibu-ibu kepada kanak-kanak.
Kerana sanggup & mampu melahirkan anak ke dunia.
Kerana sanggup bersakit-sakitan yang 'level'nya lebih kuat daripada malignant pain pun.
Terima kasih juga ibu & ayahku.
Kerana melahirkanku.
Terima kasih,Maha Pencipta.
Yang menjadikan 'miracle' kepada 'real'.
tQ~



0 perkongsian hati:
Post a Comment
jom berkongsi!