Saturday, December 8, 2012

kita = hak mutlak Allah!


dengan nama ALLAH saya mulakan nukilan saya kali ini.

Salam sejahtera ke atas semua,semoga dengan doa yang kecil dapat menyuburkan rasa kasih dan sayang antara Tuhan yang MAHA mencipta kita sebagai hambaNya dan kasih antara kita hamba-hambaNya.

Selepas pulang dari  Malaysia tanah air ter'chenta',selepas menjadi studying housewife sepenuh masa,dengan jawatan penasihat yang masih digalas di bahu ini,kami menerajui hidup kami yang sememangnya penuh dengan cabaran dan tanggungjawab bersama-sama.Saya mengambil segalanya secara positif,cuba menjadi optimis untuk menjadi seorang yang luar biasa,inilah jalan yang saya Aimi Athirah pilih.

Perjalanan hidup yang saya sendiri tidak tvahu berapa jauh lagi bagi saya mencipta sejarah,pengalaman diri yang kerdil di bumi Allah yang maha luas ini.Tetapi,saya hendak mencipta pengalaman saya dengan bersungguh-sungguh sebagai hambaNya,peluang yang sangat berharga untuk saya gunakan bagi mencipta batu-batu tangga saya menuju kepadaNya.

Kekangan waktu sememangnya berlaku kepada saya,dalam melaksanakan amanah yang ada adalah cabaran yang perlu saya sahut.

Dengan berbesar hati,saya ingin kongsikan denan sahabat semua,bahawa hidup yang kita ada ini gunalah sebaik-baiknya.Ini adalah kerana kita = hak milik MUTLAK  Allah s.w.t.

Mengapa saya katakan kita hak milik mutlakNya?

 1. Cuba kita imbau kembali,janji kita sewaktu kita cute dan chomel,di alam roh..

Surah Al-a'raf,172 :
"..Bukankah aku ini Tuhan kamu?Maka semua menjawab (manusia) : Benar! Engkaulah Tuhan kami,kami menjadi saksi,dan yang demikian supaya kamu tidak berkata di hati qiamat kami adalah lalai"

Sememangnya,setelah lahir ke dunia ini kita semakin kita lupa dengan syahadah kita dengan Allah di alam roh.Dunia yang fana telah mengaburi mata kita dengan perhiasannya.

2. Allah yang sayang lagi dengan kita berkata pula dalam surah Adz - dzariyat,ayat 56 :

" dan tidak Aku jadikan jin dan  manusia kecuali adalah  untuk beribadah kepadaKu"

Apakah yang telah kita lakukan kawan?
Memang kita melakukan suruhanNya,tetapi mungkin tidak semua lagi.
Mungkin kita juga meninggalkan apa yang Allah larang,tetapi masih ada laranganNya yang kita lakukan tanpa rasa bersalah.Nastaghfirullah!

Jadi masih tidak terlambat untuk kita membetulkan dan membaiki diri ini,selagi nyawa masih belummsampai di kerongkong.
Dan ingatlah,salah satu cara untuk kita membersihkan jiwa atau tazkiyatun nafs adalah dengan menjadi  antara at-taaibun atau orang -orang yang bertaubat..seronoknya jika kita melihat setiap yang diberiNya sebagai hijab antara kita dan si Dia..tuhan seklian alam yang sayangkan kita.

Oh,terlupa pula.Tadi ada sahabat kongsikan tentang kisah yang berlaku di zaman Nabi Allah Musa alaihis salam.

Hujan tidak turun-turun.Kemarau melanda.Nabi Musa pun bertanya kepada Allah mengapa tidak diturunkan hujan.
Allah mengatakan bahawa terdapat seorang pelaku maksiat di dalam kaum itu yang sudah melakukannya untuk 40 tahun lamanya.Jika pelaku maksiat itu keluar maka Allah akan turunkan hujan.

Maka nabi Musa memberitahu kaumnya dan meminta orang yang melakukan maksiat itu keluar.Takutlah dan malulah pelaku maksiat itu.Jika dia tidak keluar maka akan matilah kaumnya dek tiada hujan.Jika dia keluar,malulah dia dengan aib yang telah dilakukannya.

Selepas itu,hujan pun turun.Tetapi tiada yang keluar mengaku kesalahan itu.Nabi Allah Musa bertanya lagi kepada  Allah.
"Mengapa hujan turun?"

Dan Allah mengatakan bahawa,pelaku maksiat itu telah pun bertaubat kepadaNya.
Nabi Musa bertanya siapakah pelaku maksiat itu supaya nabi dapat menggembirakan hatinya.
Tetapi Allah mengatakan bahawa,jika orang itu sedang melakukan maksiat kepadaNya pun Dia tidak membuka aib seseorang itu,inikan pula setelah orang itu melakukan taubat kepadaNya lebih-lebih lagi Allah akan menjaga aibnya.

Demikianlah,banyak yang boleh kita belajar daripada kisah ini.Aib perlu dijaga sebaik-baiknya dan pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita kembali kepadaNya.

Sudah panjang pula,ketemu lagi nanti..
Wallahu a'lam..

0 perkongsian hati:

Post a Comment

jom berkongsi!

 
;