salam alaykum..
(biasalah,tangan menggatal nak tulis la ni)
Dahulu :
saya lebih suka mengalah ,malas nak bergaduh.
Ayah pun selalu pesan : Jangan kita cari masalah.
Jadi,kalau macam nak gaduh,saya yang akan ambil jalan untuk meminta maaf.
Kena 'torture' dulu pun,saya buat senyap sahaja.
Memang 'title' budak baik.
Tak kenal erti nakal-nakal.
Paling nakal pernah saya buat; Panjat naik tangki air sekolah kat Gopeng.
Tu pun,kami geng baik-baik naik,lepas habis SPM rasanya.
(kena jerit dengan Pakcik guard suruh turun)
-ambil gambar sahaja,tidak menconteng-
Bila saya kena marah,saya senyap.
Sebab kalau saya menjawab,lagi melarat jadinya.
Sekarang :
Bila saya semakin dewasa,'reasoning' kita semakin 'matured'.
Bila kita ramai berkawan,updated dengan maklumat-maklumat dengan media massa yang maju,involved dengan masyarakat dan sebagainya,kita semakin CELIK.
Celik dengan keadaan sekeliling yang kadang-kadang menjadi-jadi.
Hati mula berkata-kata.
Pandangan & mind setting semakin terbentuk.
Kadang-kadang terasa kelakar juga dengan apa yang terjadi.
Lebih sibuk dengan masalah sendiri.
Lebih ada masa untuk meng'update' hal perkembangan sendiri.
Kalau tidak puas hati,mengadu di 'wall' dulu berbanding mengadu pada Maha Pencipta.
Masyarakat yang dahaga lagi memerlukan,semakin dahaga.
Kita cuma mengharapkan tangan-tangan yang patut melakukannnya,melakukannya.
KIta membiarkan kerana kita rasa kita tidak layak,kita bukan orangnya untuk melakukan.
Cuba muhasabah!
Mereka bersabar tetapi,
hakikatnya
mereka juga ada rasa penat,tetapi mereka bertahan.
Mereka thabat.
Tetapi,hakikatnya mereka = manusia.
Saya sendiri,secara jujurnya kadang-kadang timbul rasa penat.
Penat melayan karenah manusia.
Tetapi,ini langkah yang saya ambil.
Jadi,saya kena bertahan.
Cuma,
kita semua memang kena berubah.
BERUBAH kepada lebih BAIK.
Saya faham,semua orang sedang berusaha.
Sebab tu lah,kalau saya rasa tidak puas hati,satu sahaja jalan untuk meredakan resah di hati : HUSNUZZAN = bersangka baik.
Teringat kata-kata Syeikh Rohimuddin,kalau kita bersangka baik dengan sekeliling kita,kita tahu semuanya adalah 'hijab' yang Allah bagi dekat kita,kita akan bahagia.
Mana taknya,bila kita bersangka baik,kita tahu segalanya datang dari Dia.
Kita nak marah,tak jadi marah.
Kita nak mengutuk,tak jadi mengutuk.
Kesimpulan : Semua itu datang dari Allah.
Allah nak ajar kita SABAR.
Allah nak ajar kita REDHA.
Allah nak bagi kita lebih baik.
Sebab Allah memang bagi yang terbaik!
Husnuzzanlah dengan sekelilingmu.
Allah sememangnya nampak apa yang tersembunyi lagi jelas dan nyata.
Allah maha teliti dan 'discrete'!
Wallahu ta'ala a'lam.
P's : meredakan hati dengan bersangka baik.. ^^
1. saya mengingatkan diri dan semua,tidak bermaksud melukakan sesiapa.Kalau terluka,Aimi minta maaf ye.Aimi budak baru belajar .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 perkongsian hati:
Post a Comment
jom berkongsi!