Saturday, July 7, 2012

adik : racun dan penawar

bismillah,dengan nama Maha pencipta yang menciptakan dirimu dan diriku


gambar kenangan di R&R Genting Sempah

Ini post pertama,buat pertama kali saya post tentang adik saya.
Satu-satunya adik yang saya ada..(setakat ini)

Kalau nak ikutkan,adik saya muda 3 tahun dari saya.Jadi,supposed to be ,beliau sudah : 20 tahun.
Sudah mencecah angka '2',habis sudah zamannya dengan angka '1'.

Pejam celik,pejam tercelik semula,adik sudah besar rupanya.
(sepatutnya,kena post time hari jadi adik la kan,17 Jun,tapi kakak busy sangat la dik!)

Apa yang saya boleh describe tentang adik yang seorang ini..(haih~)

Seorang yang comel sebenarnya,baik,lembut,(tapi kebanyakannya di dalam),tersembunyi dan cuma boleh dirasai oleh orang yang rapat dengannya.
Adik saya hampir 360 degree lain daripada saya.
Tapi,itu lumrah.Sebab kami pun 2 beradik sahaja kan.

Teringat sangat,kita ni bagaikan 'anjing & kucing' (ayah kata).
Memang asyik nak bergaduh je.
Bila semakin besar,akak semakin jauh,barulah kita rindu.
Baru kak rasa tanggungjwab akak dekat awak besar sangat.
Plus,Ayah selalu pesan dalam kereta,"Jaga adik awak nanti".
Janji yang sememangnya dipegang.
Itu amanah kakak.
Amanah yang dengan izinNya,akan kakak pegang.



kenangan dengan adik di Melaka
Ingat tak,dulu kak pernah tolak awak sampai terkena tombol pintu..
Awak dah macam 'dyspnea' (susah nak bernafas),
takut sangat time tu.(geram sangat,geram)

Teringat juga,baju kita time kechil2 dulu,selalu kembar.Boria.Baju itik warna oren yang ibu beli.

Teringat juga,kakak kena selalu mengalah.Selalu sangat.Sebab awak yang kecil.

Teringat juga,time awak kata awak 'ok' je kalau kakak kahwin awal.Sebab jodoh dah sampai.

Banyak sangat-sangat yang terpendam di hati dan tidak diluahkan.
Sebab,kakak selalu jauh dengan adik kan?

Bila jumpa,pun tak lama sangat.Kamu pun study time kak summer break.
Dari sekolah,start Form 1,kak dah duduk hostel.
Dari Kajang,ke Gopeng perak pula.
Kemudian kak pergi INTEC.
Pastu,tup-tup kak dah fly ke Mesir.

Dekat Mesir,bila kak selalu tanya kamu,soalan-soalan yang sama,(kamu pun dah naik boring kak rasa)..
Asyik-asyik kak yang banyak cerita hal kakak kat sini.
Kak nak exam la.
Kak sedih la.
Kak takut la.

Serius,awak banyak sangat tahu pasal kakak.Serius.

Kata-kata awak adalah 'soothing material' terbaik untuk kakak.

Tapi,awak tak selalu cerita hal awak.
Kak try nak tahu,nak reach tapi kadang-kadang memang terasa jauh itu.

Awak memang 'keras' dari luar,tapi bila kakak menangis awak la juga yang boleh pujuk kakak.
Bila ayah mengeluarkan 'aura'nya yang menginsafkan itu,awak sebak dan menitiskan airmata yang mahal itu.

Teringat pula,'small talk' kita di rumah Cik Kiah,last summer break,semua mempamerkan emosi masing-masing.
Komunikasi kita yang kurang membuatkan kita 'jauh'.
(kakak la yang rasa 'jauh' sebab kakak kan kaya emosi sket)

Tapi,apa yang kak nak pesan dekat adik,yang mungkin kadang-kadang tidak terluah bila kakak duduk dengan adik.
Bila kak duk cakap dengan awak,awak mungkin rasa kakak awak yang sorang ni 'membebel' macam mak nenek.
Mungkin awak rasa kakak ni 'kuno'.
Cakap pasal masyarakat,cakap pasal hidup,cakap pasal berjaya.
Cakap pasal Islam,tutup aurat,akhlak dan anak-beranaknya.

Tapi,ketahuilah kak membebel tu untuk kebaikan awak.
Sebab kakak dengan ayah sayang sangat,sangat dan sangat dekat awak.
Memang tak terluah kasih dan sayang kakak.
Kalau nak bandingkan dengan kasih dan sayang ayah,lagilah jauh jaraknya dengan kakak.
Kasih ayah 'infinity' ,tak terhingga.Tak berbatas.Memang tak terbatas.

Ayah marah,ayah nasihat.
Ayah nak kita sedar.
Cuma kita harta ayah.
Kita kena sedar ,one day Ayah tetap akan pergi,tetap akan pergi.

Kita sendiri pun tetap akan pergi one day.
Cuma kita tak tahu bila je.
Kalau Allah sayangkan kita,Allah akan ambil kita.
Sebab memang Allah yang ciptakan dan pinjamkan segalanya dekat kita.

InsyaAllah,azam kakak bila kak dah habis study,dah kerja,kak nak sangat bawa kamu bersama kakak.
Kita jalan-jalan sama.
Kita borak-borak sama.
Dapat borak tentang hidup.
Dapat borak pasal Islam.
Pasal masyarakat.

Subhanallah!
Semoga ukhwah yang bagaikan air dicincang tidak akan putus ini berkekalan hingga ke syurgaNya.
Nak sangat berjalan berpimpinan tangan dengan adik,menjejak masuk syurga Allah nan indah.
Sangat indah,lebih indah jika dapat bersama dengan keluarga tercinta.

Kakak sayang adik sangat-sangat.
Dedikasi ini hadiah hari jadi adik sudah masuk 20 tahun this year.
Jumpa adik di Malaysia this next Tuesday,insyaAllah!
(serius sedikit dedikasi ini,sebab adik dah besau,da 20 tahun! dah tua~) hehe..
Love you so much!

0 perkongsian hati:

Post a Comment

jom berkongsi!

 
;