Alhamdulillah atas segalanya,ya Rabb.Kami sudah berada dalam bulan Rejab yang penuh rahmat,bakal menuju ke bulan Syaaban seterusnya Ramadhan Al-Mubarak.
sekejap sahaja masa berlalu,kami sudah pun tamat End Round Exams untuk last round kami,round Obstetrics & Gynaecology.Alhamdulillah.
Lagi sebulan (lebih kurang la),bakal menempuh peperiksaan akhir tahun Lima ini,insyaAllah sedang menyiapkan diri untuk menempuhinya dengan baik.
Sebenarnya,ada masalah sedikit yang terjadi dekat blog lama,jadi itu yang diri ini bertekad buat blog yang baru.Semoga medan perkongsian isi hati ini boleh menjadi wasilah yang boleh memberi manfaat kepada hamba-hamba Allah yang lainnya..
(semua orang sedang berusaha menjadi dai'e yang terbaik untukNya kan? Of course,including myself la!)
Apabila fikir dan punya fikir lagi,betapa singkatnya waktu yang ada,betapa cepatnya waktu yang berlalu,memang takkan tak terfikir kita dah lama jugak hidup sebagai hambaNya..dan memang 'automatically' nak terfikir yang dah nak separuh hidup duduk dekat bumi Allah ni.dan kematian boleh menjemput bila-bila masa yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan langsung macam mana dalam alam lepas ni..
kalau dekat dunia ni,nak tahu apa-apa,nak buat persediaan contohnya macam nak pegang jawatan tu lepas ni,kita still boleh nak 'interview' orang yang dah pegang jawatan tu 'before'..
kalau nak mendirikan rumahtangga atau lebih islamik istilahnya,nak bina 'bait-muslim',kita boleh tanya orang yang dah kahwin.
kalau nak tempuh exams,boleh minta tips study n excell dari senior-senior.
kalau nak masak sedap-sedap,boleh minta resipi,boleh surf internet dan sebagainya kan?
tapi,tiada sesiapa pun yang dah meninggal dunia ini yang bagi kita bayangan/cerita untuk kita prepare.
tapi yang penting ingin di'high-light' dekat sini,sebagai hambaNya kita kena selalu BERSEDIA.
sebagai seorang muslim,memang kita kena selalu bersedia.Menyiapkan diri untuk semuanya.
untuk bersedia,kita perlu dilatih.Untuk semuanya kita memang perlu dilatih.
Untuk melatih diri,kita perlu ada di medan memberi.
Dengan memberi,kita boleh melatih diri untuk sentiasa bersedia.
"Jika tiada apa-apa,takkan dapat memberi"
Sememangnya memang betul perkara itu.Untuk memberi,kita perlu ada ilmu.
Untuk memberi kita perlu ada skills.
Untuk memberi,kita perlu memberi daripada hati.
Sentuhan daripada hati dapat menyentuh hati juga.
Jaga niat apabila ingin memberi.
Jaga fikiran apabila ingin memberi.
Jaga 'dzon' apabila ingin memberi.
(pesanan buat diri ini juga..^^)-bagi korang gambar cute ni!

