Tuesday, July 3, 2012

gembira & amanah

salam alaykum semua..

berhabuk dan bersawang lagi blog ni,tapi nak buat macam mana,dapat pemilik blog yang berat sedikit tangannya nak update kan ? =.="

Alhamdulillah 'ala kulli hal!
Atas segalanya ,sampai hari ini.

Hari ini,baru habis Paper 1 Paediatric terchenta!

Tinggal lagi 2 exams Paed sebelum boleh men'divert' kan pemikiran kepada Malaysia yang sentiasa dirindui.

Kali ini,memang best!
Tahun 5 kami,bakal diserikan dengan pasangan-pasangan yang bahagia,lagi membahagiakan.

Bila tengok lepas satu-satu 'announcement' dibuat,dekat Group kami,terasa diri kita semua semakin dekat dengan separuh hidup sebagai manusia.
Bakal melangkah ke alam seterusnya dalam perjalanan kita sebagai manusia dan hambaNya.
Alam dewasa.
Alam keluarga.Keluarga sendiri.

Dulu,kita berperanan sebagai kakak atau abang.
Anak kepada ibu dan ayah tercinta.
Kakak kepada Adik tersayang.

Tetapi selepas ini,bakal menjadi..

Isteri atau suami orang.
Menantu kepada ibu dan ayah mertua.
Kakak dan abang ipar kepada adik-beradik pasangan.

Ruang linkungan kita,atau bahasa 'omputeh'nya : circle of influence kita akan semakin berkembang.Semakin besar diameter bulatannya.

Bermakna,bulatan DAKWAH kita semakin besar.
Peluang semakin bertambah Allah nak bagi.
Allah bagi peluang naik tangga kepadaNya.
Naik tangga untuk menjadi orang yang Muttaqin.
Allah bagi peluang untuk membina masyarakat muttaqin bersama-sama!

Subhanallah,Allah memang Maha Pemurah,untuk segalanya.

Semoga kami dapat menjalani kehidupan kami selepas ini dengan TERBAIK!
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan dan menjadikan hidup kami lebih bermakna untukNya.

Walaupun kita semua masih berusaha untuk menaiki tangga maratib amal,kepada Bait Muslim,tanggungjawab dakwah itu tidak pernah pun terlucut daripada bahu kita.

Selagi kita,sudah melafazkan SYAHADAH yang bermakna,Cuma perlu dimuhasabahkan sama ada kita memaknakannya mahupun tidak.
Bukan nak tunggu,dah ada sayap kanan baru nak berdakwah.
Kalau sayap kiri tak bersedia dan dilatih untuk terbang,tak pasal-pasal 'paralysis' pulak bila nak digandingkan berterbangan dengan sayap kanan.Jatuh pulak burung yang konon-kononnya nak terbang itu,kan?

Selamat menyedarkan diri!

Selamat menjadi yang terbaik!
Bukan untuk jodoh semata-mata tetapi untukNya itu yang pertama sekali!
Pertama bukan sampingan.

Selamat~ (^.^)P

P's :
1. kena teruskan perjuangan untuk Paediatric hingga ke akhirnya! Doakan kami berjaya!
2. Nanti Aimi try update apa yang patut ye...(lepas ni baru fikir)^^

2 perkongsian hati:

Izzati Hashim said...

Mabruk Kak Aimi.
Moga Allah mudahkan segala urusan.

Dan selamat menghabiskan exam tahun 5.
Bittaufiq wannajah. (=

aimi athirah said...

jazakillah mekti! (akak suka panggil kamu nama tu,mesra!)

insyaAllah,yang terbaik juga untuk kamu!
untuk semua..

rabbina ma'ak!
(thanks mesej,makin bersemangat akak study)^^

Post a Comment

jom berkongsi!

 
;