Thursday, May 24, 2012

makanan hati = IMAN

bismillah.
Assalamualaikum warahmatullah.

tengah rehat-rehat jap ni,ingat nak update sket.

Bila dah mula study-leave ni,memang banyak masa dan ruang diluangkan untuk belajar.
Masa lebih banyak dihabiskan dalam bilik di rumah.

Masa sudah dikurangkan untuk bermasyarakat.
Mesyuarat yang utama sahaja diadakan dalam fatrah ini.
Program,kelas tafaquh semua ditawaqufkan kerana memberi ruang untuk belajar.

Masa sememangnya BANYAK.
Tetapi,tetap perlu diisi dengan perkara yang berfaedah.

Walaupun.semua sudah mula masuk 'gua' masing-masing.
Sudah mula membina tembok batu depan pintu 'gua' masing-masing.

Memang terasa sunyi.
Kadang-kadang kedengaran bunyi mesej,
"Mesti mesej semangat daripada kawan-kawan ni"

Apabila terjumpa rakan seperjuangan dalam fatrah cuti study ni,memang SERONOK.
Bila kawan-kawan 'tag' dekat FB dengan tazkirah,kata-kata semangat,video semangat dan sebagainya.
Terasa terBASAH hati dengan siraman kasih dan sayang itu.

Bila ber'uzlah' macam ni,memang emosi akan cepat tersentuh.
Dengan tazkirah di FB.
Dengan video penyucian jiwa.
Dengan intipati nasyid yang syahdu.

Namun,apabila terasa diri diuji,memang terasa iman berkocak.
Bila rasa macam nak 'down' je iman tu,memang kena ada something yang mengisi.
Masa yang menguji tahap keimanan kita kepada Allah.Apabila berseorang diri .

Jadi,di sini saya hendak menyentuh tentang hati kita.
Hati juga perlukan makanan sepertimana kita yang asyik nak mengisi perut yang sentiasa terasa lapar di msim exams ini.

HATI JUGA BEGITU.

Apakah makanan hati?
Perasan tak kalian,bila terasa macam emosi dah mula tak stabil-oversensitive dengan kawan-kawan,malas nak beribadat kepada Allah,rasa macam nak buat maksiat dll.

Itu antara tanda-tanda iman sedang menjunam ke bawah.
Kita sebagai tuan punya diri perlu sedar akan hakikat ini.
Kita tidak boleh menipu diri kita sendiri.



Rasulullah tercinta S.A.W,pernah bersabda :


"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang

apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."

Hadis Riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim


Walau sesibuk mana pun kita,jangan lupa tanggungjwab kita kepada Maha Pencipta.
Walau apa pun,Allah itu tetap ada!

Teringat ceramah dari Kak Fatimah Syarha semalam,
"Allah itu cemburu apabila kita melebihkan yang lain daripadaNya!"

Bila terdengar ungkapan itu,memang terketuk hati.
ALLAH CEMBURU!

Allah kan kekasih kita?
Apa yang dah kita lakukan untuk mendapatkan cinta & redhaNya?

Maka,pastikan hati kita sentiasa basah dengan zikrullah.
Kalau rasa macam dah nak keras,cepat-cepat jirus dengan ibadah nan indah untukNya.

Dia menguji kita seharian,untuk melihat bukti kecintaan kita kepadaNya.
Apabila solat,berdialog denganNya,rasakan kehadiranNya.

Teringat waktu sembang-sembang berisi hari itu,
Allah cakap dalam Surah Al-Hadid ayat 16 ;


"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman,untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang diwahyukan(kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.Dan banyak antara mereka mejadi orang-orang fasik."


(memang clear kan Allah warning siap-siap dekat kita?)

Jadi,makanan hati untuk anda hari ni,sibuk macam manapun,bagi makan dekat hati ye.
Jaga hubungan dengan kekasih hakiki kita!

Hadiah jugak kat korang sempena peperiksaan ini.
Mengenal cinta - The Muhibbians.
(bukti kena ada makanan hati!)






Selitan :
1. Happy belated birthday Sakinah Ropien,kawan baikku di bangku sekolah rendah.Dah 23 tahun dah,selamat menjadi mama tak lama lagi!

2. Tahniah ,Mabruk alaykum!kawan-kawan dentistry Jordan yang graduate hari ni..selamat menjadi doktor gigi yang baik!
 
;