dengan namaNya ku mulakan penulisanku kali ini.
selawat dan salam sejahtera kukirimkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad,ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda.
Kami yang sedang dalam fatrah study-leave menuju ke arah Peperiksaan Akhir Tahun Lima kami,sememangnya fatrah yang lama untuk diisi dengan amal ibadat kepadaNya.
Macam-macam yang kami lakukan sehari-hari.
Study-study dan study.
bukak Fb,go through 'newsfeed' terkini,like & share.
Baca Quran,solat jemaah.
Masak apabila turn masak sampai.(cuba menggembirakan hati & ahli beit dengan mencuba resipi baru)
Mesyuarat atau perbincangan jika memerlukan.
Cuba menggembirakan hati dengan pelbagai aktiviti!
(call ayah,ibu,adik di Malaysia-"Dah lama tak dengar cerite kakak..."-dialog ayah selalunya^^,dengar nasyid baru,sembang dengan ahli beit terchenta-Bebeh Fatma,Nisa-chan & Hani-chan,pergi check gigi,pergi farmasi dan sebagainya..)-banyak lagi la kan sebenarnya.
Macam-macam yang kita lakukan untuk memenuhkan 24 jam yang Allah bagi dekat kita.
Comfort-zone jugak la kalau kita fikirkan kembali.
Tapi hari ni,saya nak sentuh tentang tahap kesyukuran kita kepadaNya atas segala nikmat yang Allah bagi.
Sejauh mana kita berSYUKUR atas nikmatNya?
Bila fikir balik,
Masa itu nikmat.
Gembira itu nikmat.
Dapat baca buku dan study itu juga nikmat.
Dapat makanan hati juga nikmat.
Dapat dengar kegembiraan kawan-kawan,nikmat.
Dapat call Malaysia,dapat motivasi-nikmat.
Anggota dan kesihatan yang baik juga nikmat.
Jadi,
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"Kita mesti menggunakan nikmat yang diberiNya kepada kita sepenuhnya.
(Surah Ar-Rahman,61-disebut berkali-kali dalam surah yang berkenaan)
Sehabis gunanya.
Kalau ada anggota badan,muka jagalah elok-elok.
Bersihkan badan sebaiknya.Itu juga bukti kita bersyukur kepadanya.
Gosok gigi sebaiknya,jaga gigi elok-elok.
Pergi check gigi,setiap 6 bulan sekali.Takut ada caries.Itu satu bukti.
Baca quran selalu.Buat solat sunat.
Selawat selalu.Berzikir selalu.
Masak sedap-sedap.
Senyum dekat orang lain.
Bagi pendapat dan nasihat sebaiknya.
Itu semua boleh menjadi ibadah.
Itu boleh menjadi bukti kita bersyukur atas nikmatNya.
Syukur itu lambang cinta kita kepadaNya!
Apa salahnya,kita bersyukur.
Tak salah,kita jaga baik-baik apa yang Allah bagi.
Kalau Kekasih hakiki bagi,kita kena jaga elok-elok kan?
Jom fikir-fikirkan!
Kadang-kadang nak menitis air mata,bila tengok Tuan Guru kita,ulamak-ulamak kita yang tidak pernah penat ataupun lelah dalam beribadah,beri manfaat pada orang lain.
Kita?
Tuan Guru sewaktu solat sunat syukur kerana melihat Pelajar YIK solat dhuha di kem mereka.
Beri manfaat selagi kita boleh.
Yakinlah,ia boleh mencuci dosa-dosa kita yang banyak itu.
Yakin dengan rahmatNya.
Kenalah yakin,baru jadi!
Kita boleh!
Hadith yang ke-23,dari Hadith Arba'ien An-Nawawi :Wallahu a'lam.
Abu Malik Al-Harits Al-Asy'ari r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kesucian adalah sebahagian dari iman,Alhamdulillah memberatkan timbangan,Subhanallah walhamdulillah memenuhi ruangan antara langit dan bumi,shalat adalah nur (cahaya),shadaqah adalah burhan (bukti nyata),sabar adalah pelita,Al-Quran adalah hujjah (pedoman) bagimu dan atasmu (akan mendorongmu masuk ke syurga jika kamu selalu menerapkan isinya dan mendorongmu masuk neraka jika kamu tidak menerapkan isinya ketika di dunia).Semua orang bekerja sampai ada yang menjual dirinya,sehingga ia menjadi merdeka atau malah celaka".







- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact