Wednesday, May 23, 2012

dedikasi : tanda ingatan

bismillah.

atuk Yahya-ku : Yahya Bin Abdullah.
4 Mei 2012.Rumah Maklong.
Atuk kesayangan kami meninggalkan kami,pergi menghadap Tuhan yang maha Besar lagi Kuasa.Atas segalanya.Menghadap Rabb tercinta,tersayang.

Arwah atuk,adalah atuk kesayanganku.
Mungkin kerana,apabila bercakap dengan Atuk,kakak teringat dekat ibu.
Sebab bila borak dengan atuk,kakak dapat merasakan kasih dan sayang atuk dekat kakak.
Bila bercakap dengan atuk,melatih kakak untuk terus bersabar.

Kenapa?
Sebab atuk cakap lambat.Atuk cakap tersekat-sekat.Atuk cerita cerita yang sama dekat kakak.
Kak terus je layan atuk.
Kadang-kadang datang jugak tidak sabar kak,tapi kak diamkan sahaja.

Kakak terus duduk dekat sebelah atuk,di hadapan atuk.
Dengar atuk berceloteh.Sebab kak tahu,tak ramai yang nak dengar celoteh atuk.
Sebab kak tahu,kak cuma boleh layan dan dengar atuk bila kak balik ke malaysia.
Bila kakak datang dan lepak rumah maklong.
Bila kak cuti summer-break je.Bila kak cuti sekolah sahaja.

Atuk akan tanya kakak :
"Sekarang dah tahun berapa?"
Kak jawab : "Dah habis tahun 4 da"

Atuk tanya:
"Bila nak habis?"
Kak jawab : " lagi 2 tahun insyaAllah habis la Atuk!"

Atuk selalu cerita Atuk muda-muda.Atuk cakap atuk pandai masak.Masuk pertandingan masak,masak rendang dan sebagainya.
Atuk cerita yang anak-anak atuk pandai Matematik.Guru besar sekolah selalu puji anak-anak atuk.
Atuk cerita pasal Ibu pandai mengaji.Pandai belajar.
Atuk cakap kakak memang sebijik macam ibu.

Bila Atuk cerita pasal tu,kak selalu nak sebak.Tapi,kak tetap setia dengar atuk cerita.

Atuk selalu teruja untuk bercakap dengan kakak bila kak datang rumah maklong.

Dan kak selalu cakap bila kak dah nak balik belajar balik di Mesir :
"Nanti kak balik tahun depan,kita jumpa lagi ye Atuk.Atuk jaga diri ye.Atuk doakan kakak belajar elok-elok ye.Nanti kak balik!"

Tiket sudah dibeli.Tanggal 7 Julai 2012.
Lagi 2 bulan untuk pulang waktu itu.
Tetapi,Allah lebih menyayangi Atuk saya.
Atuk Yahya saya,sudah dijemputNya.
Sebelum sempat kak jumpa this year.

Berita tiba sewaktu kak mesyuarat.Dapat mesej dari ayah tercinta.

Walau apa pun,kakak sayang Atuk.
Memang kak terkilan sedikit.Kakak nak Atuk tengok kakak berjaya jadi doktor.
Kakak nak Atuk tengok kakak selamat semuanya.

Tapi,sebab Allah yang ambil Atuk.Ambil Atuk waktu tidur Atuk di petang itu.
Sesedih manapun,Kak akan redha.Sebab kasih & sayang itu nak dibandingkan dengan cinta dan kasih seorang makhluk yang bernama hamba dengan Tuan memang tak terbanding.
Harap peluk dan ciuman kakak ,kiriman dari jauh pada Maklong & adik dapat pada Atuk.

Kasih,sayang dan cinta kakak pada Atuk,kak kirimkan dalam iringan dan kalungan doaa.
Semoga Atuk termasuk dalam golongan yang memasuki SyurgaNya,bersama dengan orang-orang yang soleh.Jumaat itu harapnya sebagai bukti.Rahmat yang Esa itu maha luas.Kakak percaya!


 
;